Monday, January 12, 2009

Wala' - http://dzulkhairi.blogspot.com/

Perkongsian Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor on Sabtu 10 Jan 2009

Apabila saya mula mempelajari pemikiran Abu Hassan al-Asy’ari dan al-Maturidi, sudah timbul satu keanehan yang mendesak-desak benak saya. Saya masih terlalu muda ketika itu, menyebabkan saya hanya bersetuju dengan kesemua pandangan Imam tersebut. Apalagi guru-guru saya turut mengajarkan pemikiran kedua-dua aliran ini tanpa mempersoalkannya.


Agak berat bagi saya untuk membangkang idea yang diketengahkan Ustaz Harun Taib berkenaan Ta’addud Jamaah. Namun sebagaimana tadi, saya masih muda. Orang muda seperti saya akan tersepit. Tersepit antara pemikiran yang pelbagai. Ia menyakitkan, sangat menyesakkan. Orang-orang tua ada berpesan, orang muda mesti berani melakukan kesalahan. Husam Musa juga berpesan demikian. Tetapi apabila kami cuba melakukan sesuatu di luar kebiasaan (bukan lagi kesalahan), kami dikatakan sebagai orang yang masih mentah, tidak punya pengalaman yang luas dan melauas, maka pemikiran kami sekali lagi terkongkong. Saya sangat menganehi hal ini. Disuruh berfikir, tetapi apabila berfikir, dipasung pula daya yang terbit tu. Bahkan idealisme baru tersebut juga dikasi semahunya. Sangat aneh.

Saya tersepit dengan gejala Wala’. Wala’ mengongkong pemikiran saya. Saya ingin bebas, mengasah daya berfikir. Tetapi apabila saya ingin bebas, saya dipasung dengan satu istilah yang namanya wala’. Apa wala’ itusehigga idealisme anak muda seperti saya dipasung begini. Apabila saya ingi mengembangkan daya saya, wala’ menghantui. Laungannya, tiada jamaah melainkan dengan ketaatan.

Saya betambah aneh. Rasanya ingin saja saya menghapuskan kertas kerja wala’ dan digantikan dengan ijtihad dan berfikir. Wala’ menguburkan pemikiran dan menghapuskan budaya ijtihad. Maksud saya, wala’ dalam konteks kefahaman yang ada sekarang. Apabila ingin bertindak di luar kerangka, sekali lagi saya dipasung dengan wala’. Saya akan jadi dungu jika begini.

Benar, wala’ itu boleh dilihat dalam beberapa ayat dan hadis termasuklah ayat ke-55 dalam surah al-Maidah. Wala’ itu rangkumannya empat; Taat, mahabbah, nusrah dan qurbah. Bagus, tetapi saya tidak bersetuju apabila wala’ itu menghapuskan budaya berfikir.

Ada beberapa kes. Saya mengajak seorang sahabat saya untuk mengikuti satu program Gamis. Program tarbiah. Tetapi sahabat saya menolaknya kerana pimpinan tidak mengizinkannya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Bagus wala’ itu, tetapi dangkal dan membengangkan dari sudut berfikir. Di mana konsep Afala Ta’qilun dan Afala Tatafakkarun yang disebut berulang kali oleh Allah dalam ayat al-quran? Bukankah seruan berfikir iu lebih banyak dinyatakan Allah al-Quran berbanding seruan wala’?

Apabila anak muda ingin mengadakan satu gerakan tersendiri dan ia bertentangan dengan keputusan pihak tertinggi (lantaran pihak tertinggi tidak mengajak untuk berbincang dan tidak memaklumkan terlebih awal), maka saya dituduh sebagai seorang pemecah-belah dan tidak wala’. Menyedihkan apabila saya dikatakan melarikan diri daripada perjuangan Islam.

Bagaimana dengan firasat Yaakub yang tidak mengizinkan anak-anaknya mengikuti satu pintu ke Mesir dalam proses pencarian Yusuf (rujuk surah Yusuf)? Apakah di sana menegakkan Islam tu mesti dengan satu jalan? Mengapa mesti kita benci dengan aliran pemikiran baru yang ingin mengetengahkan kebijaksanaan berfikir denan kita memaksa golongan ini mengikuti cara berfikir yang lama?

Masih lagi kitab Fathi Yakan yang diguna. Bagus, saya turut membaca tulisan Fathi Yakan. Sejak tingkatan satu, saya sudah mengenali tulisan Fathi Yakan. Tetapi, jika saya mengenali Fathi Yakan semasa tingkatan satu, maka adalah bodoh jika saya masih menggunakan idea beliau sehinggalah saya ke IPTA dan mengetepikan pemikiran lain yang juga subur.

Bukan Mustafa Masyhur sahaja yang ada idea. Bukan al-Qaradawi sahaja yang boleh berfikir. Jika al-nadawi boleh berfikir dan memberikan idea yang bagus, maka ramai lagi yang boleh berfikir dan memberikan pemikiran yang tersendiri. Orang mempertikaikan pemikiran Tok Guru Nik Aziz dalam isu muqabalah kerana bertentangan dengan fakta Quraniah. Tetapi saya bersetuju dengan Tok Guru yang menggunakan Hadis dan akal pemikiran. Apakah apabila saya menggunakan akal untuk menolak fakta zahiriah al-Quran, maka saya dikira membelakangkan al-Quran? Tidak, kerana al-Quran juga memerlukan akal untuk berfikir dan memahaminya. Maka, adanya pelbagai mufassir yang memahami al-Quran dari pelbagai pandang sisi.

Maaf saya katakan. Apabila ramai yang mengatakanSalman al-Farisi sebagai seorang strategis, saya mempersoalkan balik. Seorang yang datang dari Farsi, terbiasa dengan budaya perang Farsi, tiba-tiba menggunakan idea peperangan Farsi dalam dunia Arab, maka bolehkah dikatakan strategis? Bagi saya, bukan strategis. Macam saya, dari Kelantan. Saya datang ke Kuala Lumpur dan memperkenalkan satu makanan yang hanya ada di Kelantan kepada masyarakat KL, maka apakah saya digelar strategis. Bagi saya, bkan strategis. Saya hanya memberikan idea yang sudah ada, bukan idea yang baru.

Maaf, bukan saya mempertikaikan al-Farisi Cuma saya mempertikaikan nilai strategis al-Farisi jika hanya bersandarkan dalil tersebut. Janan bercakap tanpa fakta yang jauh. Semacam orang yang sentiasa menyebut kehebatan tentera Badar. Mereka berpuasa dalam Bulan Ramadhan, tetapi merka masih mampu mencapai kemenangan. Saya kepelikan dan dilanggar keanehan. Saya bertanya lagi. Apakah dalil yangmembuktikan tentera Badar berpuasa? Tolong tunjukkan satu kitab pada saya yang membuktikan tentera Badar berpuasa dalam bulan Ramadhan, dalam kes perang Badar. Tolong tunjukkan. Malah saya yakin benar tentera Badar tidak berpuasa dalam perang tersebut.

Khalid al-Walid menunjukkan contoh wala’ yang terbaik. Beliau menyatakan kepada Umar al-Khattab, “Saya merupakan ketua dalam medan perang sedangkan Amirul Mukminin merupakan khalifah. Saya lebih mengetahui urusan peperangan berbanding Amirul Mukminin”. Nah, saya juga ingin katakana dalam tulisan saya ini, saya pemimpin pelajar, saya lebih mengetahui urusan kepimpinan pelajar, selok-beloknya, maka berilah saya hak yang sepatutnya dalam saya memimpin dan jangan curiga. Tolong jangan pasung pemikiran saya.

Wala’ saya adalah seperti Khalid al-Walid. Dengar dan taat, tapi selaraskan dengan kondisi masing-masing. Bukankah al-Banna menegaskan rukun pertama adalah kefahaman sedangkan ketaatan, bukannya wala’ adalah rukun yang ke berapa? Kefahaman dahulu. Disebabkan kefahaman yang sahih lah beberapa tentera Islam melanggar arahan zahir nabi yang mengarahkan umat Islam mengerjakan solat Asar di Bani Quraizah.

Mengongong pemikiran hanya melahirkan para pengkut yang tidak cerdik. Tetapi malangnya, ramai sekali yang ‘sukakan’ orang yang tidak cerdik, asalkan tidak menentang idea mereka. Apabila ada orang cerdik, cantas sahaja. Mudah bukan?


Entry ini di-kopi-pes-kan daripada http://dzulkhairi.blogspot.com/2009/01/wala.html

No comments:

Post a Comment