Saturday, July 18, 2009

Tuju-One

gambar sekadar hiasan.


Pernahkah terfikir apakah tujuan tiap perbuatan kita? Kadang-kadang sendiri keliru tentang apa matlamat yang kita perbuatkan. Jua ketika tulisan ini ditulis, hati ini berdoa pada Pemilik Hati ini agar tulisan ini adalah kerna-Nya. Bukan kerna kepentingan diri, jua tidaklah tulisan ini tiada kepentingan langsung hingga ia jadi sia-sia. Moga berguna buatku, jua kepada yang sudi membaca dan kuharap ada balasan andai ada kesudian menegur salah silap, jua berkongsi apa jua yang ada.

“Tiap amalan bermula dengan niat, dan kita akan peroleh apa yang diniatkan..”

Begitu pesan baginda s.a.w., seorang insan yang berpegang teguh pada matlamat hidup, tentang peri pentingnya suatu tujuan itu ke atas tiap perbuatan. Jua blog ini ada matlamatnya, bukan hanya suka-suka menghabiskan masa yang dikurnia Pemilik Masa dan Ruang. Jika dulunya menulis sekadar ‘test market’, kini ada tujuan yang kusasarkan. Moga-moga ia tidak lari daripada landasan hendaknya, insyaAllah.

“Set the END in Mind!”

Wednesday, May 20, 2009

Nikmatnya Sakit!

Sakit itu suatu nikmat, tika diri mula alpa, di kala diri mula jauh dari Tuhan Pemberi Rahmat. Sakit tidak diminta, namun ia datang tanpa dipelawa, tanpa diajak ia menjenguk, tanpa disangka ia menerpa. Terkadang ia jelas terzahir pada linangan darah jua air mata, namun terkadang jua ia terasa hanya pada pemilik kesakitan itu. Kadang senyum itu bukanlah kerna ceria yang membunga, namun senyum itu sembunyi duka yang mencengkam!

Bicara ini bukanlah ingin membuktikan sesuatu. Sekadar berkongsi secebis rasa tika diri kehilangan nikmat sihat buat sementara cuma.

Insan. Lumrahnya pelupa. Baru tadi diberi kurnia dari Dia Yang Maha Memberi Nikmat, sudah lupa akan kehambaannya. Baru tadi mendapat gelaran ‘professor’, sudah lupa cetek ilmunya. Baru tadi die diangkat ke menteri, sudah lupa kerdil kuasanya. Baru tadi mendiami istana, sudah lupa lohong ruangnya. Baru tadi masuk ke mobil mewah, sudah lupa siapa yang menggerakkannya.

Benar. Lupa dan semakin alpa. Baru tadi kalam Tuhan ia lafazkan, sudah mula ia berdusta. Baru tadi ia rukuk dan sujud, sudah mula maksiat disentuh. Baru tadi harta ia infakkan, sudah mula bebangkit-bangkit. Baru tadi ia mengaku hamba, sudah mula ia menjadi tuhan. Baru tadi ia beribadat, sudah yakin ia ke syurga. Baru tadi ia mengaku pejuang, sudah mula bertukar munafik!

Sakit. Itulah penawar, bagi jiwa yang kian kering dari zikir dan doa, bagi hati yang kian malap tanpa cahaya Tuhan Penyuluh Jalan. Sakit itu pemberi ingatan, bagi kita yang kian dibelenggu kealpaan, bagi kita insan yang lupa. Sakit itu hadiah, buat hamba-hamba Nya yang teristimewa, buat mereka yang disayang Yang Maha Penyayang.

Sakit mengajar erti sebuah kehilangan. Hilangnya segunung nikmat bernama sihat. Siapa yang sihat tidak akan terasa, kerna hanya orang yang haus bisa merasakan dahaga, merasakan hilangnya air dan nikmat kesegarannya. Berasa berharga setelah kehilangan, itulah manusia.

Barulah teringat,

“baru tadi aku memiliknya, kini ia hilang dari diriku”.


“Ingatlah lima perkara sebelum hadirnya lima perkara.. ..SIHAT sebelum hadirnya SAKIT.. ..HIDUP sebelum hadirnya MATI!

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
[al-Ankabut:2-3]

Namun sakit ini tidak seperit saudara-saudara seberang laut sana, nun di Palestine. Jauh, namun sakit mereka tetap dirasa di setiap urat saraf yang melingkar, di setiap pelusuk tulang temulang, di setiap deru helaan nafas, di setiap degup jantung berdetak, di setiap titis air mata darah, di setiap ruang hati yang merintih pedih, di setiap teriakan jiwa yang tercalar, di setiap esakan tangis rayu, di setiap luahan doa pada Yang Maha Mencinta.

Tidak layak untuk diri mengaku sakit. Jijik dan hina andai ujian sekecil-kecil ini sudah tiada berdaya untuk melangkah, sedangkan mereka yang beriman dahulunya diuji sehingga digergaji kepala mereka!

Saturday, April 11, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kembali!


Organized by the Ministry of Education, Malaysia, KLIBF 2009 is a major event in the global publishing calendar. Now in its 28th year, KLIBF provides the only opportunity in to network and meet with the local and international publishing community.


Opening Hours Date: 17th - 26th April 2009

Mon - Thurs: 10.00AM to 8.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM

Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia



The Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) made its debut 28 years ago and is now the premier event for the Malaysian book industry. Since then, it has been an annual affair, looked forward to by the public and those involved in the local and international book industry year after year.

KLIBF has always attracted publishers from the USA, UK and other European and Arab countries, Australia, China, India and the ASEAN community. It has also become the market place to service librarians of Malaysian universities and colleges. Most will spend their annual budget during this 10 day event.

The KLIBF 2008 will be held from 17 to 26 April 2008 at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia. Its aim is to exhibit the latest publications, including educational materials, published and produced locally and abroad. Besides that it will also be a meeting point for publishers, book traders and readers from around the globe.

Since the Ministry of Education places great emphasis on the learning of foreign languages such as Japanese, Korean, French, German, Arabic, Chinese and Indonesian, we foresee that there will be a growing demand for foreign rights.

Apart from the exhibition there will also be workshops and seminars for the book industry to upgrade the level of professionalism within the book industry community.

Bursting with colour, pulsating with life, Kuala Lumpur offers an incomparable Asian feast for the senses. Be welcomed by a multicultural society. Here, you will discover a delightful fusion of three main races-Malay, Chinese and Indian. With its tempting array of exotic Asian cuisine and culture, it is indeed a unique melting pot of Malaysia. This fascinating tropical, modern city is less than one hour’s drive from the Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

sumber: http://klbookfair.com/index.php/about/

Saturday, April 4, 2009

Kami Berbeza

Malam ini saya bertemu Mujahid dan Fahmi di sebuah gerai makan di Bangsar. Pelbagai perkara kami bualkan. Seronok. Hanya itu mampu saya luahkan, setelah lama tidak bersua dengan dua sahabat seperjuangan lantaran masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri. Kami berselisih dalam banyak perkara, nyata pemikiran kami berbeza.

Syafi’in, Abu dan Muzzamil jua berbeza dengan saya. Kami berenam ada gaya dan pemikiran masing-masing dan saya amat meraikan hakikat itu. Itulah agaknya membuatkan kami begitu unik dan menjadi bahan bicara sesetengah orang.

Namun saya lebih berminat untuk brainstorm dan berbahas dengan Abu dan Mujahid lantaran merekalah pengkritik setia dalam hidup saya. Jujur, banyak perkara saya belajar daripada mereka. Gaya berfikir mereka begitu kritikal. Melalui mereka jualah saya belajar untuk berani menerima kritikan, kerna pemimpin tidak boleh lari dari kritikan terutama pabila kita mencabar tradisi.

Tidak wajar pada saya, pabila orang menerima pendapat tanpa memahaminya. Jua menolak tanpa menimbalnya. Saya suka pendapat saya dibahaskan, dikritik dan ditolak. Kerna saya hanya manusia, yang jelas ada kelemahan. Malah banyak saya belajar dan perbaiki diri melalui kritikan. Namun cukup saya tidak bersetuju, andai sesuatu pandangan itu diabaikan begitu sahaja.

Namun, ada jua persetujuan kami dalam beberapa perkara. Bukanlah kami berbeza hingga bermusuh, tapi saling melengkapi terutama untuk organisasi. Alhamdulillah, bersyukur kerna kami tidak bersama dalam satu bidang. Sebaliknya, berada di landasan masing-masing yang punya gerak kerja berlainan. Jua, pembawakan hidup dan jalan dakwah yang berbeza. Bersyukur saya kerna kami tidak membazirkan peluang yang ada untuk diterokai.

Apa yang pasti, kami akan terus berbahas dan saling mengkritik. Pastinya seronok pabila kami bertambah matang, perbincangan jua bertambah rancak nanti. Masing-masing dengan pemikiran yang unik dan tersendiri berbincang untuk sesuatu resolusi. Seronok. Hanya itu mampu terucap.

Moga terbentuknya wihdatul fikr wa wihdatul amal dalam kalangan kami hendaknya.

"Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka putusannya (terserah) kepada Allah. (Yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku. Kepada-Nya lah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku kembali." [As-Syuura : 10]

Wednesday, April 1, 2009

INTERACTIVE DAKWAH TRAINING (IDT)

IDT Fasa 1 Perkim Ampang
INTERACTIVE DAKWAH TRAINING (IDT)


ANJURAN PERKIM AMPANG

11&12 April 2009


OBJEKTIF PROGRAM

1. MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
2. MELATIH PENDAKWAH MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
3. MELATIH PENDAKWAH YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF


TAJUK-TAJUK CERAMAH

KEWAJIPAN BERDAKWAH
SEJARAH AGAMA KRISTIAN
ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN
KEPERCAYAAN ORANG CINA
KEPERCAYAAN ORANG HINDU
SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
QURAN, BIBLE DAN SAINS
PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIAN


PENCERAMAH:
Lim Jooi Soon
Muhammad Amin Yaacob


Tempat:
Masjid Bukit Indah,
Bukit Indah 68000 Ampang,
Selangor.


Masa:
8.30 pagi hingga 5.30 petang


Yuran:
RM120 (Pelajar: RM100)


Hubungi:
Lim Jooi Soon [012-366 1121]

Yusry [014-231 1856]

Wednesday, February 18, 2009

Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia '09 (SIDANA'09)


Perasmian : Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris
(TNC HEPA Universiti Malaya)



Panelis untuk Forum 28 Feb 2009
Masa: 9 - 11 malam
Tajuk: “Mahasiswa Malaysia vs Mahasiswa Luar Negara”

1) Ustaz Ramadhan Fitri Elias (Mantan YDP PMIUM 2004/05)
2) Saudara Feriz Omar (Presiden ProWaris)
3) Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim (Profesor UM)

Moderator : Sdr. Shazni Munir Mohd Ithnin (Jurucakap GAMIS)



Pembentang Kertas Kerja pada 1 Mac 2009
Masa: 9 pagi - 5 petang

1) YB Saifuddin Nasution (MP Machang)
Tajuk: “Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat”

2) Prof Dato’ Mohammad Abu Bakar (Dekan FSSS UM)
Tajuk: “Kampus, Keresahan Intelek dan Kebangkitan Mahasiswa”

3) Sdr Md. Hisommudin Bakar (Mantan YDP MPMUM 2001/02)
Tajuk: “Ke Arah Kesatuan Mahasiswa Islam Malaysia”

4) Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh (Pengerusi Proton Holding Berhad)
Tajuk: “Mahasiswa Islam Sebagai Pemain Ekonomi Penting Masa Hadapan”

Ucaptama : Datuk Paduka Ibrahim Ali (Presiden PERKASA)



Pendaftaran percuma…datang jangan tak datang..jemput sahabat handai..

Tuesday, February 3, 2009

Ketereh ku naik air

~posting ini sepatutnya dilakukan beberapa minggu lalu, namun tercicir akibat beberapa faktor teknikal yang tidak terelakan~

‘Air naik!’ Satu ucapan ringkas penuh makna. Mana tidaknya, segala aktiviti luaran sangat terjejas. Nak keluar beli barang keperluan pun sukar, malah kain baju sudah beberapa hari tidak berbasuh. Lagi teruk, ada beberapa helai pakaian sudah dikoloni kulat. Belum lagi bincang tentang kerja, sekolah, penghantaran, perkhidmatan, perniagaan. Semua terjejas!

Jarang sekali saya melihat kampung serba hijau ini banjir, selang beberapa tahun dahulu. Tanda paras banjir di sini mudah sahaja. Cuma lihat pada jalan raya dari Kampung Tanjung Pagar ke megalopolis Ketereh (errr.. sebenarnnya ia sebuah pekan. Namun menjadi impian untuk melihatnya berkembang suatu hari nanti). Jika airnya sudah melimpah dan menyeberangi jalan, maka wajarlah kiranya diisytiharkan banjir digabungan kampung-kampung di sini.

Paling merisaukan saya ialah kemalangan ngeri yang meragut sepuluh nyawa di Jalan Kuala Krai – Gua Musang. Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah menyelamatkan seorang bayi yang hanya berusia beberapa tahun. Bayi yang tidak mampu untuk berbuat apa, untuk berkata pun masih belum tahu, inikan pula untuk menyelamatkan diri. Nyata, ketentuan Allah mengatasi segala yang ada di langit dan bumi. Bayi itu selamat manakala seisi kereta maut.

Alhamdulillah, tiada terkira pujian buat Nya. Perjalanan dari Kelantan akhirnya selamat jua tiba di Kuala Lumpur, kota mehna yang melemaskan. Bukan lemas kerna banjir, tetapi lemas kerna pencemaran udara, lemas kerna pencemaran budaya, jua lemas kerna pencemaran aqidah! Lemas tak lemas, perjuangan perlu diteruskan. Nafas perlu dihela jua, walau sekotor mana atmosfera. Kerna matlamat belum terlaksana.

Hari pertama di Greewood. Tidak berupaya untuk ke kampus, kerna demam. Sekadar hanya berehat di rumah saudara, melayan anak-anaknya yang masih kecil. Sangat penat. Bas malam tadi yang dijangka bertolak 9.30 dari KB Mall, akhirnya tertangguh ke 11.30 dan tiba 12.30 di Ketereh. Aduh, berjanggut menunggu berjam-jam bas yang rosak. Berjanggut? Mungkin kerna terlalu lama. Sudahlah rosak, lambat pula. Sudahlah hujan, banjir pula. Mujurlah di sini tidak begitu.

Hari esok agaknya bagaimana? Tersangat misteri untuk memikirkan hari yang penuh misteri itu. Biarlah ia kekal misteri. Biarlah ia kekal tiada terusik. Biarlah ia dibongkar hanya pada masa nya. Rancang dan manfaatkanlah hari ini semaksimum mungkin. Jangan biar ia jauh meninggalkan kita kerna masa tidak boleh diputar. Berbekal pengalaman semalam, moga hari ini paling bahagia!