Wednesday, February 18, 2009

Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia '09 (SIDANA'09)


Perasmian : Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris
(TNC HEPA Universiti Malaya)



Panelis untuk Forum 28 Feb 2009
Masa: 9 - 11 malam
Tajuk: “Mahasiswa Malaysia vs Mahasiswa Luar Negara”

1) Ustaz Ramadhan Fitri Elias (Mantan YDP PMIUM 2004/05)
2) Saudara Feriz Omar (Presiden ProWaris)
3) Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim (Profesor UM)

Moderator : Sdr. Shazni Munir Mohd Ithnin (Jurucakap GAMIS)



Pembentang Kertas Kerja pada 1 Mac 2009
Masa: 9 pagi - 5 petang

1) YB Saifuddin Nasution (MP Machang)
Tajuk: “Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat”

2) Prof Dato’ Mohammad Abu Bakar (Dekan FSSS UM)
Tajuk: “Kampus, Keresahan Intelek dan Kebangkitan Mahasiswa”

3) Sdr Md. Hisommudin Bakar (Mantan YDP MPMUM 2001/02)
Tajuk: “Ke Arah Kesatuan Mahasiswa Islam Malaysia”

4) Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh (Pengerusi Proton Holding Berhad)
Tajuk: “Mahasiswa Islam Sebagai Pemain Ekonomi Penting Masa Hadapan”

Ucaptama : Datuk Paduka Ibrahim Ali (Presiden PERKASA)



Pendaftaran percuma…datang jangan tak datang..jemput sahabat handai..

Tuesday, February 3, 2009

Ketereh ku naik air

~posting ini sepatutnya dilakukan beberapa minggu lalu, namun tercicir akibat beberapa faktor teknikal yang tidak terelakan~

‘Air naik!’ Satu ucapan ringkas penuh makna. Mana tidaknya, segala aktiviti luaran sangat terjejas. Nak keluar beli barang keperluan pun sukar, malah kain baju sudah beberapa hari tidak berbasuh. Lagi teruk, ada beberapa helai pakaian sudah dikoloni kulat. Belum lagi bincang tentang kerja, sekolah, penghantaran, perkhidmatan, perniagaan. Semua terjejas!

Jarang sekali saya melihat kampung serba hijau ini banjir, selang beberapa tahun dahulu. Tanda paras banjir di sini mudah sahaja. Cuma lihat pada jalan raya dari Kampung Tanjung Pagar ke megalopolis Ketereh (errr.. sebenarnnya ia sebuah pekan. Namun menjadi impian untuk melihatnya berkembang suatu hari nanti). Jika airnya sudah melimpah dan menyeberangi jalan, maka wajarlah kiranya diisytiharkan banjir digabungan kampung-kampung di sini.

Paling merisaukan saya ialah kemalangan ngeri yang meragut sepuluh nyawa di Jalan Kuala Krai – Gua Musang. Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah menyelamatkan seorang bayi yang hanya berusia beberapa tahun. Bayi yang tidak mampu untuk berbuat apa, untuk berkata pun masih belum tahu, inikan pula untuk menyelamatkan diri. Nyata, ketentuan Allah mengatasi segala yang ada di langit dan bumi. Bayi itu selamat manakala seisi kereta maut.

Alhamdulillah, tiada terkira pujian buat Nya. Perjalanan dari Kelantan akhirnya selamat jua tiba di Kuala Lumpur, kota mehna yang melemaskan. Bukan lemas kerna banjir, tetapi lemas kerna pencemaran udara, lemas kerna pencemaran budaya, jua lemas kerna pencemaran aqidah! Lemas tak lemas, perjuangan perlu diteruskan. Nafas perlu dihela jua, walau sekotor mana atmosfera. Kerna matlamat belum terlaksana.

Hari pertama di Greewood. Tidak berupaya untuk ke kampus, kerna demam. Sekadar hanya berehat di rumah saudara, melayan anak-anaknya yang masih kecil. Sangat penat. Bas malam tadi yang dijangka bertolak 9.30 dari KB Mall, akhirnya tertangguh ke 11.30 dan tiba 12.30 di Ketereh. Aduh, berjanggut menunggu berjam-jam bas yang rosak. Berjanggut? Mungkin kerna terlalu lama. Sudahlah rosak, lambat pula. Sudahlah hujan, banjir pula. Mujurlah di sini tidak begitu.

Hari esok agaknya bagaimana? Tersangat misteri untuk memikirkan hari yang penuh misteri itu. Biarlah ia kekal misteri. Biarlah ia kekal tiada terusik. Biarlah ia dibongkar hanya pada masa nya. Rancang dan manfaatkanlah hari ini semaksimum mungkin. Jangan biar ia jauh meninggalkan kita kerna masa tidak boleh diputar. Berbekal pengalaman semalam, moga hari ini paling bahagia!